20 February 2012
KICAP
Semalam aku pergi ke kedai, nak beli kicap sebab kicap kat umah aku dah seminggu habis tak ber beli beli, selama ini aku beli barang barang dapur campur campur so aku pun tak tahu berapa harga kicap sebotol, bila tokey kedai kira aku main bayar sahaja.
Tapi semalam aku hanya beli kicap sebotol je, bila masa nak bayar, aku hampir pengsan sebab rupa rupanya RM5.50 sebotol, biar betul ni. tak kan kicap semahal macam itu, bukan kicap botol besar pun.
Rupanya malaysia sekarang semua barang naik harga... lama lama esok agaknya kicap sebotol sampai sepoloh hengget....
Baru aku sedar sukarnya hidup di bumi malaya ini
15 February 2012
Kembali ke tahun 70'an
Seminggu sudah aku kembali ke tahun 70'an, tiada internet, tiada facebook, tiada twiter dan sebagainya, Semuanya sepi sejak BB aku meroyan tak mahu "on",
Kadang kadang best juga takde dunia maya ni, cuma terasa sunyi sangat sebab langsung takde kawan, jadi untuk menghilangkan rasa bosan duduk lah depan TB , tengok apa yang patut,
Bila lah BB aku nak sihat dan menemani aku semua,,,,,?

Subscribe to:
Posts (Atom)