Followers

05 August 2012

Lagi 15 hari kita berpisah..ya ramadhan

Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berpuasa.. namun apa kah kita dapat menghayati erti puasa itu? Dapat kita merasai kepahitan hidup orang orang yang susah kalau kita hanya menahan lapar dahaga selama 12 jam lepas tu kita makan bagai harimau membaham kerbau.
 Apa yang aku lihat ramai yang berpuasa tapi tidak menunaikan solat, ada yang berpuasa tapi masih pakai baju ketat, ada juga puasa tapi masih juga bergosip tentang itu dan ini.
 Lagi satu tabiat tidur dalam surau, kalau setakat tidur sahaja tak mengapa tapi siap ambil sejadah buat bantal, kain pula buat selimut... apa kah kita lupa sejadah itu kan tempat orang sembahyang, sedih.. nak marah kang dah "bapak orang" sendiri mau ingat la.
 Ramadhan ini aku nampak nya berjaya menahan diri dari pergi ke pasar ramadhan , hanya sekali sahaja aku pergi , itu pun sebab teringin sangat nak makan martabak.. tapi akhirnya lepas berbuka aku sakit perut pulak. Jadi aku ambil keputusan masak sahaja di rumah, biar pun berbuka makan lempeng tapi aku yakin ia nya bersih sebab air tangan aku sendiri.
 Sama sama lah kita hayati lagi 15 hari baki bulan ramadhan ini, semoga kita berpeluang menemui erti ramadhan

No comments: