Ramadhan datang lagi, setiap kali ramadhan datang pasti aku teringat sesuatu yang tak akan aku lupa, bonda pergi pada bulan ramadhan. Alhamdulliah allah menjemput bonda kembali dalam bulan yang mulia ini.
Semalam aku pulang ke kampung setelah sekian lama aku tak kembali sebab sudah tiada sesiapa lagi di sana. Baru semalam aku perasan sebenarnya kampung aku bukan lah jauh sangat, dalam 3 jam sahaja aku sudah sampai ..itu memandu pada kelajuan buat orang marah ia itu 90km/jam. Aku apa peduli ..nak marah ke tidak janji aku selesa dengan kelajuan itu.
Kenapa aku tak sedar jarak yang sebegitu dekat dari dulu ? mungkin aku sibuk dengan duniawi sahaja lupa pada bonda.. tapi semua sudah berlalu,
Sampai di jerantut aku terus ke makam bonda, sedekah al fatiha dan berdoa agar roh nya sentiasa aman di sana. kemudian aku lepak kat masjid lama jerantut, teringat kenangan lama waktu sekolah dulu kena jalan kaki dari asrama ke masjid untuk solat jumaat. berjalan lah kami macam itik pulang petang menuju ke masjid. ada juga yang nakal tu menyinggah kat mana mana dan ponteng solat jumaat.
Selesai solat asar aku menuju ke rumah adik angkat aku, kami dah janji nak pergi berbuka di rumah kakak dia. Mak mentua dia ada , aku tegur tapi tak berbalas pun. orang diam kita pun diam lah . Kekadang aku sedih juga , dulu masa aruah mak ada, bukan main baik lagi sekarang ni buat endah tak endah je. aah lupakan lah sifat sombong bukan sifat aku... aku tak layan mempunyai sifat sombong sebab aku hanya hamba yang banyak berdosa.
Dalam pukul 6 kami bergerak kerumah kakak adik angkat aku tu, Lama aku tak menyusuri jalan menuju ke kampung tempat tumpah darah ku, nampak semua nya sudah berbeza, masing masing sudah punya rumah batu ,ye lah orang duduk kampung senang dapat bantuan kerajaan untuk buat rumah.
kami sampai rumah kakak adik angkat tu dalam pukul 6.45 ..so masih ada lagi masa untuk sembang sembang sebelum berbuka puasa. Tak sangka anak anak saudara dah besar besar belaka.
Waktu berbuka pun tiba, biasa lah kami orang kampung selalu nya berbuka terus makan nasi ... tapi memang sedap makan lauk lauk kampung, ada pucuk paku, ikan sungai, sambal tempoyak, jeruk maman dan ayam kampung. makan memang selera betul.. sehingga solat maghrib pun dekat dekat pukul 8 ...
Dalam pukul 8 .30 kami pun pulang ke jerantut sebab aku ni mata tak berapa awas sangat kalau memandu malam ni, jadi kena lah jalan awal sikit nanti ada terlanggar kerbau ke atau pun babi hutan yang melintas jalan.
Sampai di jerantut , aku bermalam di rumah adik angkat, sekarang dia sudah senang sebab dah beli rumah baru, kerja pun dah tetap jawatan. alhamdulliah. kalau mak ada tentu mak gembira sebab tengok adik dah senang. Dulu masa kecil bukan main susah nak jaga macam macam sakit tapi mak ayah tetap sabar menjaga dia. Alhamdulliah ini lah berkat doa orang tua.
Esok aku kena selesaikan urusan di pejabat tanah dan balik ke bangi semula. semoga segala perjalanan selamat. masa untuk tido sebab nanti nak bangun sahur pula kan....
No comments:
Post a Comment