Followers

03 July 2012

20 000

 Pada sabtu lepas ..aku tak tahu nak buat apa, masej masej dengan kekawan semua diam je. so masej lah kat seorang kawan lama, dengar cerita dia nak pindah rumah.
 Kebetulan dia nak cat dulu rumah dia sebelum masuk, aku yang tak de keje ni me offer kan diri untuk membantu dia mengecat rumah.
 Sebagaimana di janjikan aku ke rumah baru dia tu, so lepas tengok tengok dia membuat keputusan nak cat bilik tido dan ruang tamu, Disebabkan  dia baru beli set bilik tido , kami pun mengecat bilik tido dulu, boleh tahan juga la besarnya bilik tido dia,
 Tengah ari pula kawan ni belanja makan asam pedas, amboi keje tak seberapa makan aje lebih, segan pulak aku, apa tak nya sarapan dan makan semua dia belanja. kerja nya cuma siap satu bilik tido sahaja.
 Kawan aku nampak macam ok lah , dia suka sebab bilik tido dia sudah di cat baru. aku bukan lah pro sangat cuma sekadar boleh sahaja. rasa puas juga lah sebab berjaya mengecat dengan jaya nya.
 Petang baru aku balik dan hidung mula rasa gatal gatal , mungkin sebab habuk agak nya , petanda selsema bakal menjelma. biasa lah hidung orang tua memang cepat sangat nak selsema.
 Terima kasih belanja makan, bagi tupperware lagi, baju dan duit upah.
Nak tau berapa upah nya ...ce teka? banyak tu 20000  tau.
Apa tak caya upah cat umah 20000.... ce tengok gambo bawah ni..



 banyak kan, he he tak de la , aku melawak je, aku tolong sahaja tak mintak upah pun, ni kawan aku bagi sebab dia baru balik dari indonesia pergi makan angin.
 Aku harap kawan aku suka walaupun aku tak sempat nak habiskan cat ruang tangga rumah dia sebab hari dah petang. insyallah nanti aku sambung cat bila free.
 selamat berpindah ke rumah baru ye..


1 comment:

TuYa said...

salam singgah..
lamanya x singgah sini..
lepas ni leh tolong catkan rumah kita pulak yer..
kita upah kek sebijik..heheh