Kita sering membaca berita di surat kabar ..tentang anak mati lemas dalam kereta, baru baru ni ada kes lagi kan.. Emak terlupa anak dia tinggal dalam kereta, kat dalam TB pun ada tinggal baby dalam kereta.. Tapi adakah kita kesah?
Semalam sahaja aku jumpa 3 orang yang tinggalkan anak dalam kereta, tingkap semua tutup dan anak duduk dalam kereta, enjin di hidupkan...memang la bila pasang ekon enjin kena hidupkan .. tak ke rugi petrol nama nya tu... Tak takut ke kalau ada kebocoran gas dan masuk ikut ekon.. sia sia sahaja anak dalam tu mati .
Tak takut ke kalau orang datang pujuk anak supaya bukak pintu dan bawak lari anak dengan kereta sekali ? Nampak nya orang kita semakin lalai dan ambil muda semua pekara. Memang lah duit awak yang beli petrol tu, dan awak juga yang melahirkan anak tu, mati satu boleh buat lagi.. Tapi kesian pada anak yang baru mahu kenal dunia ... mati di sebabkan kecuaian awak.
Kalau tak mahu bawak anak tu bersama jangan bawak pergi semasa berurusan .. tinggalkan dengan jiran atau di rumah ( jangan pulak kunci dalam rumah dan tinggalkan anak seorang diri )
Ingat sebelum terjadi sesuatu adalah lebih baik dari menangis keluar air mata darah setelah berlaku sesuatu adalah lebih baik.. sayangi anak anak anda .
No comments:
Post a Comment