Followers

02 May 2012

Fius pun nak rembat...

 Hidup di rumah flat ni memang banyak dugaan nya, tambahan pula duduk kat tingkat yang paling atas sekali,  punya lah lenguh lutut naik tangga. Itu baru bawak badan sahaja, kalau gas habis tak ke semput nak memikul tong gas naik .
 Nak buat macam mana hanya itu yang mampu aku sewa,  akur sahaja lah dengan kesusahan ni. Lain lah kalau aku ber uwang... boleh lah sewa banglo ke macam orang kat taman sebelah, relex sahaja ..turun kereta terus masuk rumah.
 Semalam sekembalinya aku dari bercuti... dan kepenatan aku gagahkan juga menaiki tangga satu demi satu, sampai aje di rumah aku meluru menuju ke peti sejuk sebab haus sangat, maklum sahaja sekarang ni musim panas kan.
 Sebaik sahaja aku buka peti sejuk, bau bangkai ayam menusuk ke lubang hidung aku.... ahhh mesti tak de karan ni..runggut hati kecil aku. lalu aku ke ruang tamu tengok kotak fius ... OK je tak de masalah.
 Bukak pintu lalu tengok kat meter ...fius besar dah hilang... Kalau fius tu kena rembat memang lah takde karan kan... memang bertuah lah sesiapa yang mencuri fius tu,
 Yang membuat aku marah tu kenapalah pilih fius rumah aku? tak tahu ke dalam peti sejuk aku tu ada ayam, ada daging burger, ada nugget ... semua dah jadi busuk... rugi banyak ooo.. kalau setakat dia kata " bang mintak sepoloh henget nak beli fius .." memang aku bagi punya.
 Aku harap rumah yang rembat fius aku tu... kena sambar petir ... sekarang ni kan musim guruh kuat..biar padan muka dia...
  Geram betul ni

2 comments:

moment said...

umah kwn sy pun penah jd mcm ni..
tapi jiran sebelah je yg curi.. siap offer kat dorg nak jual RM20.. T___T

Mieza vs Rory said...

ciannyerr...saba yer..

kiter pun duk tgkat ats skali, penat wooo nk menapak..