Hari ini penghujung tahun 2011, rasa sekejap sahaja dah habis setahun, tak sedar dah nak masuk tahun 2012. Bermulanya tahun baru bermakna bertambah lah usia aku, untung lah sebab hari lahir pada tahun baru kan, siap ada cuti umum lagi. he he he.tapi apa lah makna nya semua itu ? seandainya umur makin bertambah tapi diri masih di tahap lama juga.
Tahun 2011 adalah tahun penuh dengan cabaran dan dugaan, aku dah tak sekerap dulu menulis walaupun ada banyak kisah nak di kongsikan bersama kawan kawan, Bila semakin jarang menulis kawan kawan pun mula tak mengunjungi blog ini. ye la kan datang datang entry yang lama sahaja. Tuan punya blog pun jarang datang buka .
Sejak akhir akhir ini aku rasa aku hanya sendirian tampa kawan kawan , mungkin masing masing punya kehidupan sendiri kan. Tapi aku memang terasa sangat bila bersendirian bergini..
Dari kejauhan aku mendoakan semoga semua kawan kawan beroleh kebahagiaan dalam kehidupan masing masing.
Azam aku pada awal tahun 2011 hanya separuh tercapai, insyallah 2012 aku akan sambung azam tahun lepas.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012..buat semua
5 comments:
ada saja di sini... memerhati dalam diam
mungkin pemilik belum terbuka hati melakar cetusan rasanya. bila sudah bersedia, pasti ada coretan bukan?
Assalam, tunggu jugak kut ade kad jemputan sbb senyap jer...apa2 pun semoga hidup sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT ~ selamat thn 2012.
azam nak kawin ada dalam list tak?
selamat thn baru angkel!
same la uncle...wani pon 2011 dah jrg menulis mcm dulu2..huhu
btw, selamat tahun baru!!
Post a Comment